Kamis, 14 Agustus 2014

Bacaan Tahiyat Awal Dan Akhir

Tahiyat Awal dan Akhir
 
Solat Fardhu kita tidak akan sempurna tanpa membaca tahiyat. Hal ini demikian kerana, membaca tahiyat termasuk salah satu dalam rukun solat. Jadi perkongsian saya kali ini ialah bacaan tahiyat awal dan akhir. Mungkin ramai dah tahu, tapi yang tahu perlu ambil peduli juga bagi memantapkan bacaan dan tajwid yang betul dalam tahiyat awal dan akhir.

Bacaan Tahiyat Awal:

Bacaan Tahiyat

Bacaan Tahiyat Awal dalam rumi :
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamualaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamualaina wala ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solliala Muhammad.

Maksudnya :
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad. 


Bacaan Tahiyat Akhir:

Bacaan Tahiyat

Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi :
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamualaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamualaina wala ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solliala Muhammad waala aliMuhammad. Kama sollaitaala Ibrahim waala aliIbrahim. Wabarik ala Muhammad waala aliMuhammad. Kama barakta ala Ibrahim waala aliIbrahim. Fil alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri saya dan juga anda .